Friday, August 24, 2018

Ingat lagi?



Ingat lagi post tentang minum petang ala paris?

Haaa..... saya nak update tentang progress yang sedang berlaku di kantin sekolah. Jangan tak tahu dan buat-buat tertanjat pula ya bila datang kek kantin sekolah SETIA nanti.


Ha.... nampak tu... nampak tu?

Jangan terperanjat ya.

Impian hampir menjadi realiti, kan.


Inilah impiannya..

Nanti bila dah siap, saya akan update ya.


Makanan untuk anak bijak


Siapa yang tak nak jadi bijak?

Uishh, semua orang nak jadi bijak kan. Kalau nak bijak pakar pemakanan dah ramai yang bagi tahu, mesti jaga pemakanan kita.

Pilih makanan yang baik dan segar. 

Nak tahu makanan apa yang baik untuk jadi bijak? Saya kongsikan 10 makanan tersebut.

#1 Ikan salmon
#2 Telur
#3 Mentega Kacang
#4 Oat

lagi.... 

Kalau nak tahu lagi, boleh klik  link ini .. 10 makanan untuk anak bijak 

Wednesday, August 15, 2018

Farm Fresh



Sekolah kita bertuah telah dipilih oleh Syarikat Farm Fresh untuk menerima sumbangan susu kotak secara percuma.

Syarikat Farm Fresh dengan kerjasama Kantin Sekolah telah mengadakan usaha sama memastikan susu segar dibekalkan ke sekolah dengan harga yang berpatutan.

Sehubungan itu pada 15 Ogos 2018 baru-baru ini pihak Farm Fresh telah mengadakan promosi di sekolah.







Monday, August 13, 2018

Mesyuarat lagi !!



Ingat lagi posting Mesyuarat oh Mesyuarat ?

Ha, hari ini AJK Pelaksana Keceriaan dan Keselamatan Kantin bermesyuarat lagi.

Tapi yang bestnya ialah mesyuarat kali ini bersama Staf Farm Fresh. 

Tahu tak Farm Fresh tu apa? Farm Fresh ini syarikat pengeluar produk susu di Malaysia yang sudah terkenal. Banyak produk susu mereka yang berada di pasaran, dan yang paling femes ialah Susu Kurma.

Nantikan aktiviti bersama Farm Fresh yang pasti akan meletops di sekolah kita.

Sebelum tu, kita tengok dulu gambar-gambar mesyuarat.