Friday, August 24, 2018

Ingat lagi?



Ingat lagi post tentang minum petang ala paris?

Haaa..... saya nak update tentang progress yang sedang berlaku di kantin sekolah. Jangan tak tahu dan buat-buat tertanjat pula ya bila datang kek kantin sekolah SETIA nanti.


Ha.... nampak tu... nampak tu?

Jangan terperanjat ya.

Impian hampir menjadi realiti, kan.


Inilah impiannya..

Nanti bila dah siap, saya akan update ya.


Makanan untuk anak bijak


Siapa yang tak nak jadi bijak?

Uishh, semua orang nak jadi bijak kan. Kalau nak bijak pakar pemakanan dah ramai yang bagi tahu, mesti jaga pemakanan kita.

Pilih makanan yang baik dan segar. 

Nak tahu makanan apa yang baik untuk jadi bijak? Saya kongsikan 10 makanan tersebut.

#1 Ikan salmon
#2 Telur
#3 Mentega Kacang
#4 Oat

lagi.... 

Kalau nak tahu lagi, boleh klik  link ini .. 10 makanan untuk anak bijak 

Wednesday, August 15, 2018

Farm Fresh



Sekolah kita bertuah telah dipilih oleh Syarikat Farm Fresh untuk menerima sumbangan susu kotak secara percuma.

Syarikat Farm Fresh dengan kerjasama Kantin Sekolah telah mengadakan usaha sama memastikan susu segar dibekalkan ke sekolah dengan harga yang berpatutan.

Sehubungan itu pada 15 Ogos 2018 baru-baru ini pihak Farm Fresh telah mengadakan promosi di sekolah.







Monday, August 13, 2018

Mesyuarat lagi !!



Ingat lagi posting Mesyuarat oh Mesyuarat ?

Ha, hari ini AJK Pelaksana Keceriaan dan Keselamatan Kantin bermesyuarat lagi.

Tapi yang bestnya ialah mesyuarat kali ini bersama Staf Farm Fresh. 

Tahu tak Farm Fresh tu apa? Farm Fresh ini syarikat pengeluar produk susu di Malaysia yang sudah terkenal. Banyak produk susu mereka yang berada di pasaran, dan yang paling femes ialah Susu Kurma.

Nantikan aktiviti bersama Farm Fresh yang pasti akan meletops di sekolah kita.

Sebelum tu, kita tengok dulu gambar-gambar mesyuarat.




Monday, June 4, 2018

Mesyuarat, oh mesyuarat !



The best meetings are short and highly productive. Everyone contributes, everyone comes away knowing something they didn't know going in, and everyone is clear on what needs to happen next.


Kantin sekolah Taman Setiawangsa telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Kantin Peringkat Kebangsaan 2018.

Berdebar tak?

Yang paling berdebar rasanya ialah pegawai-pegawai yang dilantik sebagai AJK Pelaksana Keceriaan dan Keselamatan Kantin Sekolah. Banyak kerja yang hendak dilaksanakan dan pastinya semua AJK akan bekerja sedaya yang boleh.

Mesyuarat pertama telah dibuat pada 31 Mei 2018.

Jom tengok gambar-gambar AJK semasa mesyuarat 💙





Tuesday, March 20, 2018

Minum petang ala Paris

Jangan tak tau, kantin sekolah kita nanti akan berubah wajah dan suasana ala-ala minum petang di Paris... 😄

Bukan angan-angan, tapi impian yang akan jadi realiti.

Jom tengok rupa sketch penambahbaikan yang akan dibuat nanti.





Hohoho!!

Cantik tak?

Ada peluang lah kita minum teh waktu petang sambil merasa suasana nyaman, kan.  Ada iras-iras nanti harapnya seperti gambar di bawah .






Jom, ....nanti bila dah siap, singgah lah ke kantin setia. Pasti akan datang dan datang lagi.

Thursday, February 15, 2018

Makan-makan di Kantin Setia



Kantin SMK Taman Setiawangsa Kuala Lumpur terkenal dengan makanan yang murah, berkhasiat dan sedap.

Jom tengok adik-adik ni makan 😄😄






Monday, January 8, 2018

Telur makanan cerdas



Hari ini saya kongsikan sejenis makanan sihat untuk menjadikan anda pelajar cerdas








#1- Telur


Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan anda sehingga anda mampu mengingati di mana anda tuliskan nota sains anda .

Telur adalah antara sumber protein yang sangat murah kosnya. 

Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma makan telur tu biar berpada-pada ya. Jika berlebihan boleh menyebabkan bau badan samada melalui peluh mahupun angin (senyum).

Dapatkan makanan berasas telur di kantin sekolah.